KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mengingatkan pengundi di Johor supaya tidak melupakan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tentang negeri tersebut.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung, beliau menerusi satu hantaran di media sosial semalam mendakwa Abdul Hadi pernah menghina Bangsa Johor kira-kira empat tahun lalu.
Beliau berkata demikian dengan memetik laporan sebuah media tempatan bertarikh 7 Mac 2022 yang bertajuk ‘Johor Kurang Kesedaran Politik Islam – Hadi’
Berita tersebut melaporkan Abdul Hadi mendakwa kurang kesedaran politik Islam di Johor adalah punca Pas tidak mampu menawan hati penduduk negeri itu.
“Bangsa Johor jangan lupa penghinaan Pas terhadap Bangsa Johor,” kata Mahfuz.
Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 dibubarkan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN)
Pembubaran itu dibuat selepas menghadap Pemangku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail dan watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan oleh Pemangku Sultan Johor. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mahfuz Omar


