• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Zahir Taat Setia Tidak Berbelah Bahagi Kepada Institusi Raja Berperlembagaan

oleh Mynewshub
01/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Zahir Taat Setia Tidak Berbelah Bahagi Kepada Institusi Raja Berperlembagaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menzahirkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.

Beliau menzahirkan taat setia itu dalam merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bagi pihak Kerajaan Madani dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Menurut beliau, institusi diraja memainkan peranan penting dalam sistem kenegaraan sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum serta tunjang kestabilan negara.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimInstitusi Raja BerperlembagaanPerdana MenteriSultan IbrahimTaat setiaUlang Tahun Hari Keputeraan RasmiYang di-Pertuan Agong
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Negara Mewarisi Longgokan Hutang Yang Banyak – PMX Anwar

Negara Mewarisi Longgokan Hutang Yang Banyak – PMX Anwar

20/07/2026
0

KAJANG - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan semasa mewarisi hutang yang sangat tinggi. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd