• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang ramai sempena perarakan keagamaan Penang Wesak Celebrations Committee (Malaysian Buddhist Association) pada Ahad ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, perarakan dijadual bermula dari Penang Buddhist Association di Jalan Burmah sebelum melalui beberapa laluan utama di sekitar George Town.

Menurut beliau, laluan perarakan melibatkan Jalan Pangkor, Jalan Kelawai, Lorong Burmah, Jalan Burmah, Jalan Perak, Lebuhraya Peel, Jalan Macalister, Jalan Anson dan Lorong Madras sebelum kembali semula ke Penang Buddhist Association sebagai lokasi penamat.

“Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat di semua laluan yang terlibat.

“Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai, pihak PDRM Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota untuk melaksanakan kawalan trafik, pengurusan pergerakan pengunjung serta pemantauan keselamatan di sepanjang laluan perarakan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, pihak polis menjangkakan kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung sepanjang sambutan tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan trafik.

Selain itu, pengguna jalan raya juga disaran menggunakan pengangkutan awam dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik.

“Orang ramai diminta mematuhi arahan petugas dan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran aliran trafik,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memakai barang kemas berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah serta menjaga tata kelakuan sepanjang sambutan berlangsung.

Azizee turut menegaskan bahawa perbuatan bermain mercun atau bunga api adalah dilarang sama sekali dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan terhadap individu yang ingkar.

Beliau berkata, penggunaan dron semasa sambutan Hari Wesak juga tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM).

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: anggota polisJalan Ditutup BerperingkatPerarakan Hari WesakPulau Pinang
Share221Tweet138SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd