• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

oleh Mynewshub
28/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital kerajaan pada malam raya Aidiladha mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian itu, Faridah mendakwa terpaksa menunggu hampir tiga jam bersama anaknya yang menahan kesakitan, namun doktor yang dikatakan bertugas secara “on call” tidak muncul.

Menurutnya, beliau tiba di hospital tersebut sekitar pukul 1.40 pagi sebelum mendaftarkan anaknya untuk rawatan kecemasan, namun selepas menunggu sehingga pukul 4 pagi, doktor masih belum hadir menyebabkan beliau mengambil keputusan pulang.

“Kalau bukan kerana aku risaukan anak aku, aku pun tak jejak kaki hospital malam raya. Pukul 1.45 pagi hingga 4.08 pagi bukan masa yang singkat,

“Sebab tak ada pilihan klinik atau hospital lain yang berdekatan tempat tinggal aku lah aku tuju ke situ,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan ada yang mengecam kelemahan sistem hospital, manakala sebahagian lain tampil mempertahankan petugas kesihatan yang didakwa terbeban dengan tugas.

Seorang pengguna Facebook, Musang Hitam dalam nada sinis mendakwa layanan lebih cepat hanya akan diberikan kepada individu tertentu.

“Dia nak cepat untuk anak-anak orang ada nama. Anak YB ke, VIP ke, baru laju mereka buat kerja,” tulisnya.

Seorang lagi netizen, Maya Madara pula berkata, pihak hospital sepatutnya memaklumkan lebih awal sekiranya doktor belum berada di lokasi.

“Lebih baik staff cakap ‘doktor tak ada’ daripada ‘doktor on the way’ supaya pesakit boleh cari tempat lain,” katanya.

Ashwin Thiren pula berpandangan isu utama adalah kelemahan pengurusan dan prosedur operasi standard (SOP) di jabatan kecemasan.

Menurutnya, alasan petugas “burnout” tidak sepatutnya dijadikan justifikasi jika sistem bertugas tidak diurus dengan baik.

“Sepatutnya bila on call, petugas wajib ada di situ. Kalau tiada, maklumkan awal kepada pesakit,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga netizen tampil mempertahankan doktor dan petugas hospital kerajaan yang didakwa bekerja dalam tekanan tinggi.

Arman Mustafa mendakwa, doktor di Malaysia berdepan beban kerja melampau selain kekurangan tenaga kerja yang serius.

“Doktor manusia biasa. Ada yang sudah beberapa hari on call dan tidak cukup rehat.

“Sistem lama masih dikekalkan, sebab itu ramai petugas kesihatan terbeban,” katanya.

Junaide Ady pula menjelaskan kebanyakan pesakit di zon hijau perlu menunggu lebih lama kerana keutamaan diberikan kepada kes kritikal di zon kuning dan merah.

“Orang nampak doktor berjalan sana sini, tapi tak nampak mereka berdiri berjam-jam dalam bilik bedah untuk selamatkan nyawa,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki mengaku petugas kesihatan dikenali sebagai Mohd Khairul Anuar mencadangkan agar aduan rasmi dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi membolehkan siasatan dan penambahbaikan dilakukan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Faridah Hanum

 

Tags: AidiladhaAnak SakitDoktor Tak MunculFaridah HanumHospital KerajaanLama MenungguMalam RayaNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd