• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif

oleh Mynewshub
16/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar menggesa UMNO meninggalkan Kerajaan Madani jika benar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) telah diiktiraf di negara ini.

Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, sekiranya pengiktirafan UEC oleh kerajaan Madani adalah benar, maka ia merupakan satu kemenangan buat DAP yang selama ini memperjuangkan agenda cauvinis.

“Jika benar UEC diiktiraf, saya menggesa supaya UMNO bertindak keluar dari kerajaan Madani kerana jelas keputusan itu bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, malah bertentangan dengan perjuangan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jamal meminta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya tampil memberi penjelasan yang jelas berhubung status pengiktirafan UEC.

Kata beliau, masyarakat mendapat gambaran bahawa UEC yang sebelum ini dtentang oleh semua pihak kerana bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diiktiraf oleh kerajaan Madani.

“Walhal apa yang difahami KPT hanya membuka laluan kepada pemegang UEC untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dengan syarat ditetapkan.

“Wajib mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui Kementerian Pendidikan (KPM). Laluan ini juga turut membabitkan bebarapa kursus mata pelajaran tertentu sahaja,” katanya.

Justeru, beliau menuntut Zambry supaya memberi penjelasan agar polemik itu tidak berpanjangan dan memberi kesan negatif kepada UMNO. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Jamal Md YunosKerajaan MadaniKetua Bahagian UMNO Sungai BesarPengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) SelangorUEC
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd