• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah wajar kerana ia adalah komitmen Pakatan Harapan (PH) sejak dulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, menepati janji kepada rakyat adalah soal integriti dan keberanian politik.

“Berkenaan isu pengiktirafan UEC, saya menyokong penuh keputusan kabinet dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Madani atas keberanian politik dalam menunaikan komitmen yang telah lama diperjuangkan.

“Pengiktirafan UEC bukan perkara baharu. Ia telah termaktub dalam Buku Jingga serta manifesto PH sejak dahulu lagi. Ini adalah janji yang dibawa bersama kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Justeru, Cai Tung berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berhubung isu itu.

Kata beliau, Hassan sendiri dipilih rakyat atas tiket PH, maka beliau seharusnya menghormati dan mendukung dasar serta komitmen PH.

Ujar beliau, Perdana Menteri dan ramai rakan seperjuangan bekerja keras untuk memastikan janji reformasi dapat direalisasikan.

“Malaysia yang kita bina harus berteraskan prinsip adil, inklusif dan meraikan kepelbagaian.

“Pendidikan tidak seharusnya dijadikan alat politik sempit, sebaliknya menjadi jambatan perpaduan dan masa depan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Liow Cai Tung

Tags: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor JayaBuku JinggajanjiKerajaan MadaniKomitmenLiow Cai TungManifesto PHpakatan harapanpengiktirafanUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil

‘Maka Beransur-Ansurlah UEC Akan Diserap Dan Diterima’ – Isham Jalil

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak patut mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk pertimbangan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)...

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

Zambry, Fadhlina Diminta Letak Jawatan, Gagal Menentang Pengiktirafan UEC – Hassan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek disaran meletak jawatan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd