• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekretariat Taat Setia Ancam Gerakkan Gelombang Tolak UMNO Di Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sekretariat Taat Setia Ancam Gerakkan Gelombang Tolak UMNO Di Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sekretariat Taat Setia Sokongan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengancam untuk menggerakkan ‘Gelombang Tolak Penderhaka UMNO’ di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap penderhakaan UMNO kepada institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Perbuatan biadab YB-YB UMNO Negeri Sembilan mengheret Yang di-Pertuan Besar ke kancah politik kepartian pada 2 Mei 2026 semasa Konvensyen 80 Tahun UMNO adalah pengkhianatan nyata terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan sumpah taat setia setiap wakil rakyat. Ini bukan khilaf. Ini derhaka.

“Kebiadaban ini diburukkan lagi dengan sikap angkuh pucuk pimpinan UMNO Negeri Sembilan yang sehingga hari ini enggan memohon ampun. Lebih mengecewakan, tidak kedengaran juga pemimpin UMNO Pusat yang bersama ketika konvensyen itu menegur Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Jalaluddin Alias,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau seterusnya menyeru rakyat Negeri Sembilan supaya tidak menyokong pemimpin UMNO di seluruh negeri itu dan mengajar mereka erti taat setia pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dakwanya lagi, wakil rakyat UMNO Negeri Sembilan yang didakwa derhaka itu wajib dihukum oleh pengundi di kawasan masing-masing.

“Tolak UMNO. Hukum UMNO. Benamkan mana-mana calon UMNO Negeri Sembilan yang sanggup menjadi penderhaka kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar, Tuanku dan negeri.

“Ingat, ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’.
“Siapa yang khianat kepada Raja, dia khianat kepada rakyat. Dan pengkhianat tiada tempat di Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Gelombang Tolak Penderhaka UMNO’Sekretariat Taat SetiaYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd