• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Diskriminasi: Old Town White Coffee Minta Maaf

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Oldtown Berhad tidak akan menarik balik kelulusan francais kepada syarikat Paramount Grand Success Sdn. Bhd. (Paramount Grand Success) di Johor Bahru, Johor meskipun syarikat francais itu mengeluarkan iklan kerja kosong yang seolah-olah mendiskriminasi kaum India baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Oldtown Berhad, Clarence Leon D’Silva berkata, syarikat itu dibenarkan meneruskan perniagaan francais restoran Oldtown White Coffee memandangkan operasi francais berkenaan masih baru dan iklan itu bukan dikeluarkan dengan hasrat tidak baik

“Pengarah Paramount Grand Success menjelaskan bahawa iklan jawatan itu tidak pernah bertujuan untuk mendiskriminasi sesiapa. Bagaimanapun, disebabkan kecuaian itu segelintir pelanggan terkeliru dan membuat kesimpulan lain.

“Oleh itu pengurusan Oldtown White Coffee membuat keputusan memberi satu lagi peluang kepada Paramount Grand Success untuk menjadi ahli keluarga kami. Sebagai pendekatan dalaman, syarikat francais ini diberi surat amaran dan rekod kekal tidak kepatuhan dalam rekod mereka.

Justeru, Clarence berkata, pihaknya memohon maaf atas kandungan Notis Perekrutan yang tidak boleh diterima dan menyinggung perasaan itu.

Beliau bagaimanapun mendakwa, pengurusan atasan syarikat itu mendakwa mereka tidak mengetahui tentang kandungan notis jawatan kosong  yang dibuat untuk restoran baharu di Austin Heights tersebut.

Tags: Oldtown
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan OLD TOWN White Coffee Mengenai Isu ‘Toufu Pork’

02/02/2015
0

Sebelum ini, kecoh di laman sosial mengenai aduan pelanggan yang mendakwa adanya hidangan tidak halal iaitu babi dalam menu restoran...

Heboh.. Resit Kopitiam Terkenal Didakwa Bukti Hidang Babi!

01/02/2015
0

KECOH jadinya bila satu resit didakwa dikeluarkan restoran kopitiam terkenal di negara ini, memaparkan menu daripada babi. Resit Old Town White Coffee...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd