• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Subsidi RON95 Mungkin Dipotong Lagi Kepada 150 Liter Sebulan

oleh Mohd Arshad
12/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Subsidi RON95 Mungkin Dipotong Lagi Kepada 150 Liter Sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 daripada 200 liter kepada 150 liter sebulan, dalam usaha memperkemas pengurusan subsidi dan mengurangkan ketirisan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan data penggunaan rakyat yang menunjukkan majoriti pengguna sebenarnya menggunakan petrol jauh lebih rendah daripada had semasa.

 

Menurut beliau, sebelum ini kuota subsidi telah dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter pada Mac lalu sebagai fasa awal rasionalisasi subsidi bahan api.

 

“Data secara konsisten menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Langkah seterusnya ialah 150 liter kerana kira-kira 60 peratus populasi menggunakan kurang daripada 150 liter,” katanya ketika sesi fireside chat pada program Affin Market Outlook 2026 pada Selasa.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa langkah itu bukan sekadar pengurangan subsidi, sebaliknya sebahagian daripada strategi pengurusan permintaan bahan api bagi memastikan bekalan domestik negara kekal stabil sekiranya konflik geopolitik dunia berpanjangan.

 

Dalam masa sama, kerajaan juga dilaporkan sedang mengkaji langkah mengetatkan kelayakan subsidi dengan kemungkinan mengecualikan golongan berpendapatan tinggi (T20) serta warga asing daripada menikmati subsidi RON95.

 

Bagaimanapun, Liew menegaskan kerajaan masih mahu memastikan golongan rentan termasuk penunggang motosikal dan isi rumah berpendapatan rendah terus menikmati akses kepada bahan api bersubsidi.

 

“Secara politik, saya mahu memastikan penunggang motosikal terus menikmati kadar subsidi tinggi. Mereka hanya menggunakan sekitar 50 liter sebulan dan golongan ini paling terkesan jika harga meningkat,” katanya.

 

Selain itu, kerajaan turut merancang mekanisme subsidi diesel bersasar untuk Sabah dan Sarawak, selain menggalakkan pelaburan lebih besar dalam pengangkutan awam serta penggunaan kenderaan elektrik bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap minyak dalam jangka panjang. – MYNEWSHUB

Tags: BUDI95
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

BUDI95 Diturunkan Kepada 200 Liter Sebulan Sehingga Bekalan Global Kembali Stabil – Kementerian Kewangan

BUDI95 Diturunkan Kepada 200 Liter Sebulan Sehingga Bekalan Global Kembali Stabil – Kementerian Kewangan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan pelarasan had kelayakan BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd