• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

oleh Mynewshub
12/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Jalan Sultan, Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) bermula 7 hingga 10 Mei lalu.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pemantauan dan rondaan harian dijalankan di kawasan tumpuan (hotspot) berkaitan aktiviti perniagaan dalam kalangan warga asing melibatkan jualan sireh, rokok putih, makanan, buah potong dan aksesori.

Selain itu, tindakan turut diambil terhadap halangan di laluan awam membabitkan kerusi, meja dan gerai yang diletakkan premis restoran.

Menurut DBKL, hasil pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak 25 tindakan sita dilaksanakan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Dalam operasi sama, enam notis kompaun turut dikeluarkan kepada premis restoran yang meletakkan peralatan perniagaan di tempat awam atas kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

DBKL berkata, semua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL bagi tujuan rekod dan dokumentasi.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta menjaga ketenteraman awam di kawasan terlibat.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat boleh mengemukakannya menerusi portal aduan rasmi https://adukl.dbkl.gov.my/ – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Tags: Buah PotongDBKLDewan Bandaraya Kuala Lumpurpenjajarokok putihSirehsitaTanpa Lesenwarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd