• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLKN 3.0 Siri 3/2026 Bermula 11 Julai Hingga 24 Ogos 2026

oleh Mynewshub
11/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PLKN 3.0 Siri 3/2026 Bermula 11 Julai Hingga 24 Ogos 2026
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 3/2026 akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Julai hingga 24 Ogos 2026.

Menurut JLKN, Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) turut menambah satu lagi lokasi baharu bagi pelaksanaan program itu iaitu di Kem Bukit Keteri yang menempatkan Rejimen 504 Askar Wataniah.

Dengan penambahan kem tersebut, PLKN 3.0 kini dilaksanakan di tiga lokasi utama iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur, Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang serta Kem 504 AW di Perlis.

JLKN berkata, semakan tawaran bagi bakal pelatih kelahiran tahun 2008 untuk Siri 3/2026 boleh dibuat menerusi sistem ePLKN 3.0 bermula jam 3 petang, Isnin, 11 Mei 2026.

Semakan boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi/Pautan Sistem ePLKN 3.0:
https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form

Menurut kenyataan itu, pelatih yang terpilih perlu membuat pengesahan kehadiran melalui sistem berkenaan selewat-lewatnya pada 19 Jun 2026 bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan pentadbiran.

Tambah JLKN, pada fasa pertama pengoperasian, Kem Bukit Keteri akan menyediakan 120 tempat khusus untuk pelatih wanita bagi Siri 3/2026.

“Kem ini dijangka siap sepenuhnya tahun ini dan mampu menampung hampir 500 pelatih pada satu-satu masa,” menurut kenyataan itu.

Kemudahan di kem berkenaan turut dibangunkan dengan konsep fasiliti moden meliputi blok penginapan, kemudahan sokongan, infrastruktur asas, fasiliti ibadah serta kemudahan latihan yang lebih selesa dan kondusif.

Menurut JLKN, pembangunan fasiliti tersebut selaras usaha memperkasakan PLKN 3.0 sebagai platform pembangunan jati diri, patriotisme dan pembinaan karakter belia Malaysia.

Dalam pada itu, JLKN mengingatkan bahawa kehadiran pelatih yang terpilih adalah diwajibkan dan kegagalan melapor diri tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung perkara ini sila hubungi Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN di talian 03-4013 (Sam: 3612 / 3613 /3614 / 3604 / 3603 / 3626) atau layari laman sesawang https://jlkn.mod.gov.my,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)Kem Bukit KeteriPLKN 3.0Program Latihan Khidmat NegaraSiri 3/2026
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Individu yang dipanggil menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, wajib hadir dan sekiranya berhalangan mereka perlu...

200 Pelatih Kumpulan Pertama PLKN 3.0 Bermula 12 Januari Depan

200 Pelatih Kumpulan Pertama PLKN 3.0 Bermula 12 Januari Depan

16/11/2024
0

SEREMBAN : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula 12 Januari tahun depan membabitkan 200 pelatih lelaki lepasan Sijil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd