• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim

oleh Mynewshub
09/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemangku Sultan Johor Sempurnakan Pengurniaan Darjah Dan Pingat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini berangkat ke Majlis Istiadat Kurniaan Pingat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan Tunku Besar Zabedah Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada enam penerima yang membawa gelaran ‘Dato’ dan ‘Datin Paduka’

Pengurniaan Darjah dan Pingat disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor pada Majlis Darjah dan Pingat bagi daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi dan Kulai di Dewan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Penerima darjah didahului Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor (PIJ), Datin Paduka Shubanah Yusuf; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Nasri Md. Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Radzi Mohd. Amin.

Turut menerima darjah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Dato’ Hasrin Kamal Hashim; Pengarah Tanah dan Galian Johor, Dato’ Mohammed Shakib Ali dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ M. Kumar.

Selain itu, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah dan Pingat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 23 Mac 2026.

Seramai 27 penerima dikurniakan Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), manakala Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP) seramai 21 penerima; Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (48) dan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga (12) – MYNEWSHUB

 

Tags: Majlis Istiadat Kurniaan PingatPemangku Sultan JohorSultan IbrahimTunku Mahkota IsmailUlang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Share232Tweet145SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Pemilik Chelsea FC

09/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap pemilik bersama Chelsea FC hari ini. Pertemuan baginda dengan...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd