• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

oleh Mynewshub
08/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan Tahun Dua dalam kejadian tragis di Parit Sulong, awal minggu ini.

Tertuduh, Nordin Ithnin, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Seksyen 41 (1) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menetapkan 25 Jun untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000.

Arun juga memerintahkan Nordin melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan lesen memandu digantung berkuat kuasa hari ini mengikut Seksyen 41 (5) akta sama.

Dalam kejadian pada 5 Mei lalu, mangsa, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, dipercayai dirempuh sebuah van yang sedang bergerak keluar ketika kanak-kanak itu berjalan di hadapan pintu pagar sekolah selepas tamat sesi persekolahan, sekitar 12.30 tengah hari.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden menyayat hati itu sebelum ini mengundang perhatian ramai apabila suasana pilu menyelubungi urusan pengebumian mangsa yang dihadiri ahli keluarga, penduduk kampung serta rakan-rakan sekolahnya. – MYNEWSHUB

Tags: kemalangan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd