• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”

oleh Mynewshub
07/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Agama Kita Dipermainkan, Bangsa Kita Dihina, Raja Kita Diperlekehkan”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyeru pemimpin Melayu Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri.

Katanya, pertelingkahan yang berlarutan telah menyebabkan agama, bangsa dan raja dipermainkan serta diperlekehkan.

“Cukuplah kita bertelagah sesama Melayu Islam. Agama kita dipermainkan, bangsa kita dihina, raja kita diperlekehkan oleh mereka akibat pertelingkahan sesama kita.

“Sedarlah wahai pemimpin Melayu Islam, kita ada agenda yang jauh lebih penting daripada pertelingkahan ini,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Muhamad Akmal turut mengingatkan bahawa pertelingkahan yang berterusan akhirnya merugikan umat Melayu Islam di negara ini.

Beliau berkata, tiada mana-mana individu yang sempurna, tetapi mereka boleh saling melengkapi antara satu sama lain.

“Bila kita bertelagah, yang rugi adalah kita, bukan orang lain. Hilangkan ego, satukan bangsa demi masa depan anak bangsa,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber info/foto: Akaun media sosial Akmal Saleh

Tags: AgamaBangsaDatuk Dr Muhamad Akmal SalehKetua Pemuda UMNOMelayu IslampemimpinPertelingkahanRaja
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Pemimpin MANDIRI Ditahan Timbulkan Kebimbangan Anak Muda Mengenai Hak Bersuara – ADUN Semambu

Pemimpin MANDIRI Ditahan Timbulkan Kebimbangan Anak Muda Mengenai Hak Bersuara – ADUN Semambu

23/09/2026
0

KUANTAN - ADUN Semambu, Chan Chun Kuang menggesa pihak berkuasa menjelaskan asas dan skop siasatan terhadap dua pimpinan badan bukan...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd