• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Penunggang ‘Food Delivery’ Maut Dirempuh X70

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Warga Emas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis, Penunggang ‘Food Delivery’ Maut Dirempuh X70
Share on FacebookShare on Twitter

Petaling Jaya – Seorang lelaki warga emas yang terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawa seorang penghantar makanan di Jalan 17/21, Petaling Jaya semalam, dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu sah namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan kerana faktor usia serta masalah kesihatan yang dihidapinya.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari membabitkan sebuah Proton X70 dipandu lelaki warga emas terbabit dan sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 20-an.

“Pemandu kereta dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian pemandu Proton X70 itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah manakala mangsa pula sedang bekerja menghantar pesanan makanan.

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing dan alkohol yang dijalankan terhadap warga emas terbabit juga didapati negatif.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/05/lv_0_20260506013958.mp4
Tags: kemalangan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

Linangan Air Mata Iringi Pemergian Nur Aini Umairah…Ibu Pengsan Beberapa Kali Ketika Urus Jenazah

Linangan Air Mata Iringi Pemergian Nur Aini Umairah…Ibu Pengsan Beberapa Kali Ketika Urus Jenazah

06/05/2026
0

Oleh Mynewshub BATU PAHAT – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong apabila jenazah seorang murid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd