• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Linangan Air Mata Iringi Pemergian Nur Aini Umairah…Ibu Pengsan Beberapa Kali Ketika Urus Jenazah

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Linangan Air Mata Iringi Pemergian Nur Aini Umairah…Ibu Pengsan Beberapa Kali Ketika Urus Jenazah
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

BATU PAHAT – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustaffa, Parit Sulong apabila jenazah seorang murid perempuan yang maut selepas dirempuh van di hadapan sekolahnya selamat dikebumikan petang semalam.

Mangsa, Nur Aini Umairah Mohd Fareez, 8, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Lebih memilukan, ibu mangsa, Asmilah Tukiran, 37, dilaporkan beberapa kali hampir pengsan ketika menunggu proses tuntutan jenazah di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Jenazah murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon itu kemudian dibawa ke Masjid Jamek Kampung Parit Mustaffa untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan sebelum dikebumikan bersebelahan pusara neneknya.

Ratusan ahli keluarga, kenalan serta penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kanak-kanak berkenaan yang disifatkan sebagai seorang ceria dan disenangi ramai.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika murid-murid sedang pulang selepas tamat sesi persekolahan sebelum mangsa dirempuh sebuah van di hadapan pintu pagar sekolah.

Insiden tragis itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai aspek keselamatan murid di kawasan sekolah terutama ketika waktu puncak keluar masuk pelajar.

Tags: kemalangan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd