KUALA LUMPUR – Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara.
Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia merupakan konsep ta’awun ke arah dosa dan kemurkaan Allah.
“Menawarkan pelancongan mesra maksiat demi rancakkan ekonomi negara adalah haram. Ia konsep ta’awun ke arah dosa dan kemurkaan-Nya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat seterusnya membidas pihak yang memasukkan unsur haram dalam acara pelancongan.
Ujar beliau, pelancongan dalam Islam adalah untuk menikmati keaslian, keindahan dan kebaikan alam ciptaan Allah.
“Mereka memasukkan perkara haram dalam himpunan perkara halal. Apabila ditegur, mereka menuduh ulama mengharamkan yang halal,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nik Mohamad Abduh


