• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan PH dalam satu kenyataan bersama berkata, kesepakatan itu diambil demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang diadakan hari ini dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik masing-masing dalam menyentuh isu di Negeri Sembilan.

“Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH juga bersetuju untuk memastikan sebarang keputusan kerajaan Negeri Sembilan yang boleh mencetuskan sensitiviti dan membuka ruang perselisihan mesti segera dirujuk kepada majlis tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: Capai KesepakatanKekalkan Kerjasamakerajaan perpaduanNegeri SembilanUMNO-PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

DAP Tidak Setuju Pertukaran MB Negeri Sembilan, Siap Sedia Hadapi PRN

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan pertukaran Menteri Besar Negeri Sembilan selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd