• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Curi Kabel Digagalkan: Suspek Dicekup Dalam Hujan Lebat Di Landasan KTMB Ipoh

oleh Mohd Arshad
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Cubaan Curi Kabel Digagalkan: Suspek Dicekup Dalam Hujan Lebat Di Landasan KTMB Ipoh
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tindakan pantas Pasukan Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan kegiatan mencuri kabel di KM181.9 berhampiran Jalan Tun Perak, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang itu, anggota Polis Bantuan menerima maklumat daripada pengurus stesen berhubung keadaan ‘track occupied’ yang mencurigakan di kawasan landasan terbabit.

Menurut sumber, sepasukan anggota segera digerakkan ke lokasi sebelum terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan yang sedang merentap kabel milik KTMB.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran, sekali gus mencetuskan operasi memburu suspek dalam keadaan hujan lebat.

Hasil tindakan pantas dan kerjasama pasukan tambahan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki berkenaan berjaya dikesan dan ditahan kira-kira jam 4.30 petang berhampiran landasan bersama kabel yang dipercayai cuba dicuri.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk tindakan lanjut.

Pihak KTMB dalam kenyataan memaklumkan bahawa rondaan keselamatan akan terus dipertingkatkan bagi melindungi infrastruktur landasan serta memastikan operasi tren tidak terjejas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta segera menghubungi talian Polis Bantuan KTMB di 03-2263 1194 atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Insiden ini sekali lagi membuktikan kepentingan pemantauan berterusan bagi mengekang jenayah kecurian kabel yang boleh mengancam keselamatan serta kelancaran perkhidmatan rel negara.

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

UMNO-PH Sepakat Kekalkan Kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd