• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

oleh Mynewshub
05/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan perbelanjaan sebanyak RM3.04 bilion melibatkan kementerian itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM berharap cadangan pemotongan RM3.04 bilion oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) itu tidak dilaksanakan seperti dicadangkan.

“Kalau boleh jangan ada pemotongan langsung, tapi kalau perlu pun dibuat potongan, ia tidak boleh menjejaskan perkhidmatan penting dan kebajikan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat tapak projek Klinik Kesihatan Menjalara.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly dalam satu hantaran di media sosial berkata, KKM komited memastikan rantaian bekalan ubat-ubatan dan peranti perubatan negara terjamin walau negara sedang berdepan cabaran global.

Menurut beliau, KKM telah mengaktifkan mekanisme amaran awal di mana pembekal wajib melaporkan sebarang potensi kekurangan bekalan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal menjelang Julai 2026.

Kata beliau, Pasukan Petugas Khas Keselamatan Ubat dan Peranti Perubatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan pengauditan data secara masa nyata dan mempelbagaikan sumber pemerolehan ubat dari pasaran antarabangsa.

“Pada masa yang sama, kita sentiasa memastikan penimbal stok barisan hadapan bagi ubat-ubatan yang dikategorikan sebagai kritikal sentiasa kukuh dan mampu bertahan lebih daripada 60 hari demi melindungi pesakit,” katanya

Tambah beliau, bagi bekalan peranti perubatan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) memeterai perjanjian strategik bersama pihak berkuasa di China untuk menstabilkan bekalan bahan mentah pembuatan yang kritikal seperti resin dan naphtha bagi membolehkan pengilang tempatan beroperasi tanpa gangguan.

“‘Special Access Pathway’ turut disediakan bagi mempercepatkan kemasukan kelengkapan perubatan yang mendesak bagi memastikan kelancaran operasi di dewan bedah dan hospital,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadKementerian KesihatanKKMMenteri KesihatanPemotongan Bajet
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd