• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT

oleh Mynewshub
03/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Siapa Tidak Setuju ‘Rain Rave’ Boleh Pilih Tinggal Di Rumah, Tidak Perlu Hadir – Menteri KPKT
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Anda boleh memilih cara hidup anda, tetapi jangan menilai orang lain seolah-olah anda lebih suci daripada mereka.

Demikian pesanan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.(KPKT), Nga Kor Ming kepada pihak yang membantah Festival Muzik Air Rain Rave 2026 di ibu negara.

Menurut beliau, bagi yang tidak bersetuju dengan festival berkenaan berhak untuk memilih tinggal di rumah dan tidak hadir ke acara tersebut.

“Kepada yang tidak bersetuju, ia adalah hak anda iaitu anda boleh memilih untuk tinggal di rumah dan tidak menghadiri.

“Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, kita memilih untuk saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain selagi mematuhi undang-undang.

“Malaysia milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada 54 etnik dan kaum. Hormati orang lain sebagaimana anda ingin dihormati,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP mendakwa, lebih 80,000 orang dari seluruh dunia menyertai KL Rain Rave Musical yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia.

Menurut beliau, seramai 200,000 penonton menyaksikan acara tersebut secara dalam talian dengan jumlah tontonan melebihi 50 juta.

“Tidak dapat dinafikan, acara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) ini berjaya mempromosikan pelancongan negara, perniagaan tempatan.

“Paling penting membuktikan bahawa rakyat Malaysia mengamalkan kepelbagaian. ‘Malaysia Truly Asia’ bukan sekadar slogan, tetapi budaya dan cara hidup kita.

“Kepelbagaian adalah kekuatan kita. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan kepada mereka yang ingin datang, kami mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya.

Beliau namun mengingatkan mereka yang membuang sampah merata-rata pada festival itu akan dikenakan kompaun RM2,000 serta 12 jam khidmat masyarakat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nga Kor Ming

Tags: Festival Muzik Air Rain Rave 2026Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor Ming
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd