• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

oleh Mynewshub
01/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir memberi keterangan.

Menurutnya, beliau diminta memberi keterangan berhubung siasatan SPRM ke atas usaha sama kerajaan dengan gergasi perisian cip dunia, ARM Holdings di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin ini melalui notis yang diterimanya pukul 3 petang tadi.

“Februari lalu, beberapa hari selepas saya membuat ulasan selepas Bloomberg mendedahkan saham-saham Tan Sri Azam Baki, tiba-tiba ada laporan SPRM dari Perkasa, sebuah NGO yang tidak pernah ambil tahu mengenai rasuah di negara ini.

“Kononnya perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan merugikan negara. Semasa ditanya media, wakil Perkasa itu pun tidak mahu mengulas lanjut sebab dia kata dia pun tak paham sangat,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Rafizi mendakwa, kes itu kini menjadi tumpuan paling utama SPRM ‘mengalahkan’ kes mafia korporat, dakwaan menteri menerima RM9.5 juta rasuah, kes Victor Chin, NexG dan semua yang lain.

“Kes menjurus kepada sama ada saya mendesak Jemaah Menteri untuk menandatangani secara tergesa-gesa. Tidak ada motif wang. Tidak ada wang yang terlibat,” dakwanya lagi.

Rafizi seterusnya menjangkakan dirinya mungkin akan didakwa atas tuduhan pecah amanah atas alasan memberi maklumat yang salah atau menyebabkan Jemaah Menteri menandatangani secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, beliau mendakwa telah bersedia dengan pasukan peguam untuk menjadikan kes itu sebagai perbicaraan yang panjang dan menarik kerana ramai pimpinan besar negara akan dipanggil menjadi saksi.

“Pada masa SPRM mengejar untuk mendakwa kami, pada masa yang sama juga kerajaan menjaja cerita kejayaan bagaimana usaha sama ini akan merevolusikan industri cip negara kerana kita akan mencipta sendiri cip untuk dijual, bukan memasang sahaja.

“Kes ini adalah satu lagi ingatan kepada ahli politik dan pegawai kerajaan lain di Malaysia: jangan jadi macam Rafizi, kalau tidak setuju sesuatu duduk diam-diam. Kalau tidak, kami ajar kamu dengan dakwa di mahkamah kes yang bukan-bukan,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

 

Tags: Bekas Menteri EkonomiBeri KeteranganDatuk Seri Rafizi RamlinotisSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd