• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

oleh Mynewshub
01/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa hanya mampu menyalak dalam sosial media.

Beliau dalam nada keras mendakwa bantahan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh terhadap penganjuran ‘Rain Rave Water Festival Bukit Bintang’ bertujuan meraih publisiti murahan.

“Akhirnya tetap akur serta tunduk kepada kehendak Kerajaan Madani songsang. Akmal Salleh adalah seorang ‘kaki salak’ yang kerjanya tidak akan ada penyudah yang jitu.

“Selepas ‘menyalak’ beliau akan pergi cium tangan Zahid Hamidi (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) seterusnya tetap tunduk pada DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Khairuddin menemplak Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Seri Tiong King Sing kerana didakwa tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.

Dakwanya, King Sing contoh perangai pemimpin kerajaan Madani yang sedang disokong kuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Dakwa beliau, ia ikhtibar kepada keseluruhan Melayu ‘wajib mengharamkan’ memberi undi kepada Parti Keadilan Rakyat, UMNO, Parti Amanah Negara dan DAP.

“Ini budaya songsang yang cuba diserapkan sedikit demi sedikit ke dalam jiwa orang-orang Melayu serta umat Islam di Malaysia.

“Apakah konsep ‘Rain Rave Water Festival Bukit Bintang’ ini sesuai ditonjolkan kepada seluruh dunia atas alasan hendak tarik pelancong?,” katanya.

Kata beliau, dunia luar mahu melihat elemen seni budaya tradisional yang berasal-usul dari negara ini, bukan budaya liar yang mereka boleh hadir di negara sendiri secara lebih liar.

Beliau turut mendakwa, festival itu agenda menyerapkan liberalisma dalam kehidupan seharian masyarakat yang bakal meranapkan jati diri generasi akan datang. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas MelakaDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Khairuddin Abu HassanKetua Pemuda UMNOmedia sosialMelalakPublisiti murahanRain Rave Water Festival Bukit Bintang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dah Macam Disko, Moga Hujan Lebat Ribut Petir Menyambar Malam Ini – Akmal Saleh

Dah Macam Disko, Moga Hujan Lebat Ribut Petir Menyambar Malam Ini – Akmal Saleh

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh kesal kerana Festival Muzik Air Rain Rave diteruskan di...

Akmal Saleh Minta PMX Batalkan Pesta Membazir Air, Saran Buang Menteri Pelancongan

Akmal Saleh Minta PMX Batalkan Pesta Membazir Air, Saran Buang Menteri Pelancongan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd