• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Saleh Minta PMX Batalkan Pesta Membazir Air, Saran Buang Menteri Pelancongan

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Saleh Minta PMX Batalkan Pesta Membazir Air, Saran Buang Menteri Pelancongan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan penganjuran pesta air yang didakwa bercanggah dengan dasar penjimatan kerajaan.

Dalam satu kenyataan, Muhamad Akmal berkata, beliau boleh menerima keputusan kerajaan membatalkan majlis rumah terbuka anjuran kementerian atas alasan penjimatan, walaupun program tersebut memberi manfaat kepada rakyat serta peniaga makanan.

Namun, beliau mempersoalkan mengapa pesta air tidak turut dibatalkan.

“Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka? Adakah langkah penjimatan yang dicadangkan kerajaan tidak terpakai untuk pesta air ini? Adakah pesta air ini tidak membazirkan air?

“Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk tambah kapasiti air, tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, beliau meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Mufti Wilayah berhubung pendirian terhadap penganjuran program tersebut.

“Mohon YAB PMX batalkan lah pesta air ni. Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan. Buang sahaja lah menteri pelancongan ni wahai YAB PMX,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

 

Tags: BatalkanDatuk Dr Muhamad Akmal SalehDatuk Seri Anwar IbrahimMembazir AirMenteri Pelanconganpesta airPMX
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

Kuasa Raja Mesti Tertakluk Kepada Prinsip Dan Semangat Perlembagaan – PMX

24/06/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan menegaskan tiga cabang utama dalam sistem pengasingan kuasa kerajaan...

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

PMX Anwar Diminta Beri Penjelasan Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka Johor

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pengarah FELDA perlu menjawab persoalan rakyat siapakah yang mengarahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd