KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, akaun Facebook tersebut tiada kaitan dengan dirinya.
“Untuk perhatian semua, akaun yang menggunakan nama Tokmat Hasan ini adalah akaun palsu dan tiada kaitan dengan saya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Sehubungan itu, Mohamad meminta orang ramai berwaspada sekiranya menerima hantaran Facebook berkenaan dan hanya merujuk saluran sah.
Menurutnya, akaun Facebook beliau yang sah boleh diakses di pautan https://www.facebook.com/share/1Cm1FD4Sfk/?mibextid=wwXIfr – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan


