• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Minoriti Negeri Sembilan Diteruskan Demi Rakyat – MB Aminuddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Minoriti Negeri Sembilan Diteruskan Demi Rakyat – MB Aminuddin
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan minoriti Negeri Sembilan diteruskan sehingga satu keputusan lain dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kuasa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Kalau tiba masa kata kerajaan yang ada ini setakat ini, setakat inilah dan saya juga diminta Presiden PKR untuk teruskan sehingga satu masa sesuai dapat kata putus,” katanya kepada pemberita pada sidang media pasca mesyuarat EXCO.

Dalam pada itu, Aminuddin mengesahkan tiada sebarang rundingan dibuat dengan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) setakat ini.

Menurut beliau, kerajaan minoriti pimpinannya berjalan seperti biasa bagi memastikan keperluan rakyat didahulukan.

Beliau turut memaklumkan gagal menghubungi ADUN BN untuk mengesahkan berhubung isu yang timbul sebelum ini kerana semua tutup telefon.

Aminuddin turut menjelaskan, beliau tiada maklumat mengenai dakwaan beberapa ADUN UMNO membuat pusingan U bagi menyatakan sokongan kepadanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, gesaan diadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menentukan keabsahannya tidak dibincangkan pada mesyuarat Exco.

Sementara itu, Aminuddin menerangkan, kerajaan negeri tidak pernah mencampuri institusi adat cuma boleh menasihati dengan had tertentu. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Aminuddin HarunDemi RakyatKerajaan Minoritimenteri besarNegeri Sembilan
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd