• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

oleh Mynewshub
28/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Beliau dipercayai hadir bagi memberi keterangan membantu siasatan berkaitan projek semikonduktor disokong kerajaan bernilai RM1.11 bilion.

Bekas Pembantu Tugas-tugas Khas (Dasar) kepada bekas Menteri Ekonomi itu dilihat tiba pukul 9.59 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona berwarna putih.

Sementara Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada SPRM.

Kata beliau, bekas pegawai dasarnya James Chai telah pulang dari Cambridge untuk memberi keterangan kepada SPRM dan selepas ini mungkin gilirannya.

Beliau berkata, SPRM menyiasat penyelewengan dalam usaha sama kerajaan dengan ARM, gergasi perisian semikonduktor dunia.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau tahu siasatan itu tidak ada kena mengena dengan wang yang hilang kerana jika tidak sudah lama beliau ditahan.

“James saksi terakhir SPRM ingin ambil keterangan. Selepas James, tinggal saya. Maka saya mungkin dipanggil, seterusnya ditahan dan didakwa dalam tempoh seminggu, dua atau tiga minggu dari sekarang

“Jadi saya mohon kepada SPRM untuk menghantar notis memanggil saya memberi keterangan, atau kalau nak tangkap hantar notis siap-siap, ke email saya rafizi.ramli@gmail.com

“Jangan bimbang, saya tidak pernah lari ke mana. Dah berpuluh kali saya kena tahan pihak berkuasa dari 2010 lagi, tidak pernah sekali pun saya lari.

“Insya-Allah kita jumpa di ibu pejabat SPRM Putrajaya dalam masa yang terdekat ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

Tags: Bekas Menteri EkonomiBeri KeteranganDatuk Seri Rafizi RamliGiliranJames ChaipendakwaansiasatanSPRM
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd