• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN)

ADUN BN Negeri Sembilan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum kenyataan ADUN PN hari ini berhubung situasi semasa pentadbiran negeri.

Menurut kenyataan itu, BN Negeri Sembilan menghargai keprihatinan ADUN PN terhadap kemelut yang melanda kerajaan negeri ketika ini, sambil menegaskan keperluan untuk mengutamakan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat.

“UMNO BN menyambut baik kesediaan lima ADUN PN untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan.

“Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, BN Negeri Sembilan juga bersedia mengetepikan perbezaan ideologi bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera.

Dalam pada itu, BN Negeri Sembilan menegaskan pendekatan pragmatik dan inklusif perlu diambil bagi menyatukan suara majoriti ADUN, sekali gus memacu pembangunan negeri serta mempertahankan adat yang menjadi teras Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, BN Negeri Sembilan menyatakan bahawa dengan sokongan lima ADUN PN, gabungan tersebut kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. – MYNEWSHUB

Tags: adunBNKerajaan Negeri SembilanMajoriti mudahPNumum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

27/04/2026
0

SEREMBAN - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)...

Negeri Sembilan Langkah Awal Penyatuan, Tolak PH – Ahmad Fadhli

Negeri Sembilan Langkah Awal Penyatuan, Tolak PH – Ahmad Fadhli

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengucapkan tahniah kepada UMNO Negeri Sembilan susulan tindakan 14 Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd