• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri susulan krisis politik yang sedang berlaku ketika ini.

ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, kelima-lima mereka mengambil maklum perkembangan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, situasi berkenaan menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri sehingga persidangan Dewan Undangan Negeri terpaksa ditangguhkan tanpa tarikh baharu.

“PN turut melahirkan rasa kesal terhadap keadaan itu dan berpendapat kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun gagal menangani krisis berkenaan secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat negeri,” katanya pada satu sidang media.

Beliau menyebut krisis bertambah serius apabila 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, lima ADUN PN menegaskan komitmen mereka untuk sentiasa mengutamakan kepentingan negeri dan rakyat, serta bersedia menjalinkan kerjasama dengan 14 ADUN BN bagi menjamin kestabilan politik dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Langkah tersebut, menurut beliau adalah penting bagi memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara. – MYNEWSHUB

 

Tags: adunBarisan NationalBNkerjasamaNegeri SembilanPerikatan NationalPN
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang dari Tokyo, Jepun dan sedang sibuk menguruskan negara bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd