• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sembilan Tumbang? – 14 ADUN BN Umum Tarik Sokongan Terhadap MB

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Negeri Sembilan Tumbang? – 14 ADUN BN Umum Tarik Sokongan Terhadap MB
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar negeri itu, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat susulan krisis yang melibatkan institusi adat dan Perlembagaan negeri yang disifatkan semakin meruncing hingga menjejaskan kestabilan pentadbiran.

Beliau berkata, sebagai parti yang menghormati institusi adat dan perlembagaan, BN Negeri Sembilan tidak akan mencampuri urusan berkaitan, namun melahirkan rasa dukacita dan kecewa terhadap situasi yang berlaku.

“Sebagai makluman, saya bersama Exco daripada UMNO dan BN tidak pernah dimaklumkan dalam sebarang perbincangan di peringkat kerajaan negeri dan hanya mengetahui krisis ini apabila keadaan sudah berada pada tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum,” katanya dalam satu sidang media.

Tambah beliau, krisis berkenaan dilihat berpotensi menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri serta memberi kesan kepada kestabilan politik dan keharmonian rakyat di Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan bahawa kesemua 14 ADUN BN Negeri Sembilan mengambil pendirian sebulat suara untuk hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Dalam masa sama, beliau menegaskan pihaknya tetap komited mempertahankan institusi adat, perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri, selain mahukan sebuah kerajaan yang stabil demi memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi terus diberi keutamaan.

Katanya lagi, pemakluman rasmi berhubung keputusan itu akan dihantar kepada pihak Dewan Undangan Negeri sejurus selepas sidang media selesai. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Jalaluddin Alias

Tags: adunBarisan Nasional (BN)bekas menteriNegeri Sembilantarik sokongan
Share212Tweet132SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

Krisis Politik Negeri Sembilan: Pemimpin PKR Harap BN Hormati Perjanjian Perpaduan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan menghormati perjanjian pembentukan kerajaan...

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd