• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS

oleh Mynewshub
26/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program ‘Konvoi & Lepak Anak Muda Bersama YB’ anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan berlangsung dalam suasana santai, harmoni serta penuh disiplin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud berkata, program itu dimulakan dengan solat Asar berjemaah sebelum peserta berpeluang berinteraksi secara terbuka bersama wakil rakyat tanpa protokol rasmi.

“Tak ada yang potong barisan sesuka hati, tak ada yang ‘rem-rem’ motor nak tunjuk ‘power’, dan tiada aksi pelik-pelik di jalan raya,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Wan Rohimi berkata, semua peserta menjaga adab dan disiplin sepanjang program berlangsung.

“Perjalanan pun lancar dan tenang. Orang luar yang melihat pun boleh rasa kita bukan jenis yang suka cari masalah,” ujarnya.

Tambah beliau, sejak awal lagi
program tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk kehebatan sesiapa.

“Anak muda tak perlu bising nak tunjuk kuat… cukup dengan cara kita bawa diri, orang boleh nilai,” katanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi, suasana santai diteruskan dengan gelak tawa, perbualan dan perkongsian cerita.

“Benda nampak sederhana, tetapi sudah lama tidak dirasai.

“Paling penting, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua pergi, semua balik dengan selamat. Itu yang paling berharga,” katanya. — MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wan Rohimi Wan Daud

Tags: ADUN MelorkonvoiPemuda PASWan Rohimi Wan Daud
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nicaragua Fail Kes Di ICJ Terhadap Jerman Kerana Bantu Israel

Penunggang Wanita Maut, Nahas Konvoi Motosikal

02/03/2024
0

Nilai: Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas enam motosikal terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 27.6, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah...

15 Hujah Pemuda PAS Mengenai DAP Anti-Islam

24/04/2022
0

Pertamanya harus diterangkan artikel ini adalah tentang kenyataan Pemuda Pas pada tahun 2019 yang menyenaraikan '15 hujah DAP anti-Islam'. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd