• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Terengganu Rekod 217 Kes Ops Catut Sejak 1 Jan

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan sebanyak 217 kes membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Catut sejak 1 Jan lalu.

Pengarahnya, Mohd Nor Musa berkata ia membabitkan rampasan bernilai RM89,985.21 dan nilai kompaun sebanyak RM37,950.

“Setakat ini, kita telah melakukan pemeriksaan di 54,977 premis perniagaan di seluruh Terengganu dan sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 81 notis telah dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah itu, 111 kes kesalahan dilakukan mengikut AKHAP 2011, 99 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, lima kes direkodkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan dua kes lagi mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 145 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM151,046.47 dan nilai kompaun sebanyak RM19,100 diikuti Dungun dengan 47 kes dengan nilai rampasan RM13,790.10 dan nilai kompaun sebanyak RM7,900.

Kemaman pula mencatatkan 39 kes dengan nilai rampasan RM14,728.60 dan nilai kompaun sebanyak RM6,700 manakala Besut mencatat 35 kes dengan nilai rampasan RM11,550 dan nilai kompaun RM2,800.

Mohd Nor berkata pihaknya sentiasa peka dengan sebarang aduan yang diterima dan bertindak segera ke atas laporan yang diterima untuk membuat siasatan terhadap peniaga tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan orang ramai tampil membuat aduan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan agar tindakan sewajarnya boleh diambil segera. – BERNAMA

Tags: KPDNKKTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd