• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kesiapsiagaan pertahanan siber serta integrasi kecerdasan buatan (AI) kini menjadi elemen kritikal dalam menjamin keselamatan negara daripada ancaman moden yang semakin kompleks.

Menurut beliau, landskap peperangan masa depan semakin bersifat asimetrik, di mana kelebihan tidak lagi bergantung semata-mata kepada kekuatan fizikal, sebaliknya ditentukan oleh inovasi, teknologi serta keupayaan menyesuaikan diri dengan pantas.

“Malaysia perlu memperluas keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke domain siber dan elektromagnetik selari dengan Kertas Putih Pertahanan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menekankan kepentingan pelaburan dalam modal insan melalui institusi seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi melahirkan bakat dalam bidang AI, keselamatan siber dan strategi pertahanan.

Dalam masa sama, Mohamed Khaled berkata, modal insan tersebut perlu disokong oleh ekosistem penyelidikan dan inovasi yang kukuh, termasuk cadangan penubuhan pusat kecemerlangan bersama universiti.

Pusat itu dicadang memfokuskan kepada bidang strategik seperti AI, keselamatan siber, dron, UAV, roket dan misil dengan perancangan serta hala tuju yang jelas.

Tambah beliau, pembinaan ekosistem pertahanan siber yang berdaya tahan memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri dan akademia.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pertahanan mengalu-alukan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara serta pelbagai agensi lain.

“Ancaman siber akan terus berkembang. Justeru, kesiapsiagaan negara mesti dilaksanakan secara berterusan, proaktif dan melibatkan seluruh sektor masyarakat demi memperkukuh keselamatan negara,” katanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: AIDatuk Seri Mohamed Khaled NordinKesiapsiagaanmenteri pertahanansiber
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Keadaan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Unit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd