• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi

oleh Mynewshub
23/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
AMK Selangor Dakwa Pemuda PAS Main Politik Sentimen Berlebihan Isu Penternakan Babi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendakwa tindakan Pemuda PAS Selangor yang mendesak hukuman gantung 12 bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berhubung isu penternakan babi sebagai satu pendekatan politik berasaskan sentimen yang berlebihan.

Pengarah Komunikasi AMK Selangor, Mohammad Haziq Izwan Mohd Husni, berkata, desakan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Shukri Omar terhadap ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki supaya digantung daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dakwa beliau, tindakan tersebut dilihat tidak selari dengan prinsip demokrasi serta peranan sebenar wakil rakyat dalam membawa isu rakyat ke peringkat negeri.

*AMK Selangor amat berminat untuk mengetahui adakah Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA mempunyai pendirian yang sama dengan Shukri Omar yang dilihat cuba memainkan politik sentimen secara berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa DUN Selangor merupakan badan perundangan tertinggi di peringkat negeri yang berfungsi sebagai platform wakil rakyat menyuarakan isu dan kepentingan masyarakat.

“Setiap ADUN bertanggungjawab membawa masalah penduduk di kawasan masing-masing ke peringkat negeri, merangkumi aspek infrastruktur, kebajikan, pendidikan serta keperluan sosial dan ekonomi,” katanya.

Sehubungan itu, AMK Selangor menggesa Pemuda Gerakan dan Pemuda MCA menyatakan pendirian sama ada menyokong cadangan tindakan disiplin tersebut atau mempertahankan prinsip bahawa tidak semua isu wajar dipolitikkan.

Kenyataan itu turut menyifatkan gesaan menggantung wakil rakyat sebagai mencerminkan kegagalan memahami fungsi DUN serta peranan sebenar ADUN dalam sistem demokrasi berparlimen. – MYNEWSHUB

 

Tags: 12 bulanadunAMKgantungPemuda PAS SelangorPenternakan babiPolitik berlebihanselangorSeri Kembangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

DAPSY Dakwa Cadangan Perternakan Babi Bersifat Dasar dan Teknologi

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS berhubung isu penternakan babi...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd