• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Dilantik Penasihat Pelancongan Malaysia

oleh
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dilantik menjadi Penasihat Pelancongan Malaysia bagi melonjakkan ketibaan pelancong ke Malaysia menerusi persembahan di luar negara.

Beliau antara sembilan personaliti untuk melaksanakan tugas itu dalam majlis pemberian sijil pelantikan di Carcosa Seri Negara di sini oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Selama ini pun sepanjang saya bergelar anak seni, saya banyak menggunakan peluang apabila mengadakan persembahan di luar negara untuk mempromosikan sekali mengenai keindahan tanah air kita.

“Jadi kali ini di bawah Kementerian Pelancongan, tugas saya akan lebih mudah dan saya dapat memperluaskan lagi promosi mengenai keindahan dan keistimewaan negara kita,” katanya kepada agensi berita Bernama.

Selain melalui persembahan, Siti Nurhaliza juga berhasrat mempromosi kepada komuniti global mengenai alam semula jadi Malaysia yang hijau menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter milik beliau.

Sementara itu, pereka kasut terkenal dunia, Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo berkata, memandangkan beliau sering melakukan perjalanan ke pelbagai negara di dunia, peluang itu akan digunakan untuk mempromosi Malaysia.

“Ini menggalakkan penduduk di negara terbabit supaya berkunjung ke negara ini. Kebetulan disebabkan saya Jimmy Choo, setiap kali saya berkunjung ke negara mereka, saya pasti akan ditemu bual oleh banyak pihak.

“Jadi saya tidak akan hanya bercakap tentang ciptaan kasut saya, sebaliknya saya juga akan bercakap tentang negara saya, tarikan pelancongan serta kebudayaannya,” kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut dilantik sebagai Penasihat Pelancongan ialah usahawan Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Datuk Jeffery Sandragesan; penyanyi popular era 80-an, Datuk Sheikh Abdullah Ahmad atau Dato’ Shake.

Cef terkenal, Datuk Ismail Ahmad; ahli pemuliharaan, Clement Lee; ahli perniagaan terkemuka dan pakar dalam industri pelancongan Korea, Datuk Lee Jin Bok dan penyanyi-komposer Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna.

Terdahulu ketika berucap, Nazri berkata Program Penasihat Pelancongan merupakan inisiatif kementeriannya menerusi Tourism Malaysia melibatkan warga Malaysia yang terulung dan berpengaruh dalam pelbagai bidang.

Mereka sama ada yang tinggal di luar negara atau di Malaysia berperanan untuk mempromosi negara ini dalam kalangan rakan, peminat atau rangkaian orang hubungan mereka.  – BERNAMA/H.A.A

Tags: Dato' ShakeJimmy ChooNazri AzizPelancongansiti nurhalizayuna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd