• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram

oleh Mynewshub
21/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan Indeks Harga Pengguna bagi Mac 2026 menunjukkan inflasi meningkat kepada 1.7 peratus berbanding 1.4 peratus pada Februari 2026.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peningkatan itu dipengaruhi terutamanya oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.6 peratus berbanding negatif 0.7 peratus pada Februari 2026.

Menurut beliau, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut merekodkan kenaikan purata harga diesel di Semenanjung Malaysia kepada RM4.09 seliter berbanding RM2.98 pada Februari, manakala RON97 meningkat kepada RM4.01 berbanding RM3.11.

“Ini menunjukkan bahawa kesan krisis kini tidak lagi hanya berada di peringkat pasaran global. Ia sudah mula meresap ke dalam kos pengangkutan, logistik, harga barang dan perbelanjaan harian rakyat.

“Dengan kata lain, rakyat kini sedang berhadapan dengan fasa penyesuaian kos yang semakin nyata dan sebab itu tindak balas kerajaan perlu jujur, cepat dan tepat berasaskan data semasa,” katanya dalam taklimat krisis bekalan global.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan harga bahan makanan terpilih bagi tempoh 13 hingga 19 April 2026 menunjukkan pergerakan harga yang bercampur.

Kata beliau, harga purata ayam standard meningkat daripada RM9.09 sekilogram kepada RM9.33 sekilogram iaitu naik 2.8 peratus.

Menurut beliau, harga daging lembu
menurun 5.0 peratus kepada RM35.65 sekilogram, manakala telur ayam Gred C kekal stabil pada purata RM3.66 bagi 10 biji.

“Bagi kategori ikan dan sayur-sayuran pula, harga ikan kembung menurun kepada RM16.43 sekilogram daripada RM17.08, manakala purata harga sawi meningkat daripada RM5.89 kepada RM6.21 sekilogram. Harga bayam hijau kekal stabil pada RM5.26 sekilogram.

“Ini menunjukkan tekanan bekalan tidak berlaku secara seragam, tetapi berbeza mengikut kategori dan dipengaruhi oleh faktor cuaca, kos input pertanian, kos pengangkutan dan turun naik bekalan jangka pendek,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akmal Nasrullah Mohd Nasirharga ayamInflasi MeningkatMenteri EkonomiTaklimat Krisis Bekalan Global
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Impak Global Boleh Ambil Masa 18 Bulan Untuk Kembali Stabil – Menteri Ekonomi

Impak Global Boleh Ambil Masa 18 Bulan Untuk Kembali Stabil – Menteri Ekonomi

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR — Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan bahawa dunia kini berdepan krisis bekalan global yang tidak lagi...

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada  Projek Tersasar Dari Jadual

Tanpa Konflik Geopolitik Pun Ada Projek Tersasar Dari Jadual

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Mohd. Akmal Nasrullah Mohd Nasir melahirkan kekesalan kerana terdapat projek pembangunan yang tersasar dari jadual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd