• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Didakwa Buat Hantaran Facebook Hina Mahkamah

oleh Mynewshub
21/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Warga Emas Didakwa Buat Hantaran Facebook Hina Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR _ Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini, atas tuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi menghina mahkamah menerusi media sosial pada Disember tahun lepas.

Idris Mohamad, 68, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS yang juga bapa kepada dua anak itu membuat dan memulakan hantaran komunikasi dengan niat menyakiti hati orang lain di Facebook menerusi akaun “Idris Mohamad” pada 22 Dis 2025.

Hantaran itu kemudian dilihat di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1, Cyberjaya pada 3 petang, 23 Dis 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa MCMC Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun Idris yang tidak diwakili peguam merayu diberi jaminan rendah kerana tidak bekerja dan perlu menjaga isteri yang menghidap masalah buah pinggang.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei depan.

– Bernama

Tags: hina mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokman Bersalah Hina Mahkamah, Diberi Amaran Terakhir

Lokman Bersalah Hina Mahkamah, Diberi Amaran Terakhir

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan amaran terakhir kepada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman...

Hina Mahkamah: Lokman Noor Diberi Notis Tunjuk Sebab

Hina Mahkamah: Lokman Noor Diberi Notis Tunjuk Sebab

30/06/2022
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Datuk Lokman Noor Adam agar beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd