• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN, 20 April 2026 – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungai Ujong dibuat mengikut adat serta peruntukan undang-undang, sekali gus menolak sebarang tindakan yang tidak selaras dengan ketetapan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu kenyataan media berkata, fungsi Dewan Keadilan dan Undang (DKU) adalah sebagai badan penasihat dalam perkara berkaitan adat istiadat Melayu termasuk pelantikan dan pemberhentian Undang Luak.

Menurut beliau, pemberhentian Datuk Mubarak telah dibuat oleh Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungai Ujong sejak 13 Mei 2025 berdasarkan adat dan pesaka yang berkuat kuasa.

“Sidang Khas DKU pada 17 April 2026 telah bersetuju menasihati dan menerima kesepakatan Telaga Undang untuk memberhentikan beliau selaras dengan peruntukan Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS),” katanya.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat susulan 33 kesalahan berkaitan adat dan pesaka yang dikaitkan dengan Datuk Mubarak.

Tambah Aminuddin, tindakan seumpama itu bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini DKU pernah menerima pemberhentian Undang Luak Johol Ke-14 pada 27 Mac 2016 atas kesalahan berkaitan adat.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa tindakan Datuk Mubarak yang menandatangani dan membacakan pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 19 April 2026 adalah tidak sah.

“Tindakan tersebut tidak boleh diterima dan tidak diiktiraf oleh Kerajaan Negeri kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungai Ujong,” tegasnya.

Beliau turut menambah bahawa tindakan tersebut juga tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 dalam UUTKNS.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru semua pihak agar menghormati keputusan yang telah dibuat mengikut adat dan undang-undang bagi memastikan kestabilan institusi adat di Negeri Sembilan terus terpelihara.

Tags: Negeri Sembilan
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd