• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Amat Penting Fasih Bahasa Melayu, Mudahkan Penyampaian Maklumat – Wee Ka Siong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan adalah amat penting untuk pemimpin akar umbi mahupun ahli-ahli parti MCA fasih dan menguasai pengolahan serta pengucapan Bahasa Melayu dengan baik.

Menurut beliau, penguasaan bahasa Melayu yang baik akan memudahkan usaha para pemimpin MCA dalam menyampaikan pelbagai maklumat dan input secara tepat kepada rakyat berbilang kaum.

Tambah beliau, ia juga penting untuk pemimpin MCA dalam menyampaikan suara rakyat kepada pihak berkuasa ketika memperjuangkan isu kepentingan rakyat.

“Walaupun MCA parti berasaskan kaum Cina, tetapi MCA kekal sebagai sebuah wadah perjuangan rakyat berbilang kaum sejak sebelum kemerdekaan.

“Parti sentiasa berusaha gigih untuk meningkatkan mutu pengucapan awam pimpinan akar umbi demi mengekalkan reputasi dan imej parti keramat kami,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Ka Siong berkata, beliau petang tadi berjumpa lebih 50 orang pemimpin akar umbi MCA yang menyertai Kursus Pengucapan Awam dan Pemantapan Bahasa Melayu.

Kata beliau, kursus tersebut anjuran Biro Bahasa Melayu di bawah pimpinan Woon Yoon Teai dan Tan Hua Gee

“Saya juga sempat berkongsi pandangan berhubung isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh para peserta dan berharap agar penjelasan saya dapat membantu mereka menjawab persoalan rakyat di kawasan masing-masing demi kebaikan masyarakat dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

Tags: Bahasa MelayuDatuk Seri Dr Wee Ka SiongfasihPenyampaian MaklumatPresiden MCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial? 

21/02/2026
0

Mengapa Ada Pemimpin Politik Tidak Guna Bahasa Melayu Di Media Sosial?  Oleh Mynewshub Sebilangan pemimpin politik termasuk anggota Kabinet tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd