• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam, Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin

oleh Mynewshub
19/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam,  Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran Perdana Menteri di Kelantan semalam menunjukkan hubungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berada dalam keadaan baik dan profesional.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, ia juga membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah menzalimi Kelantan seperti yang sering didakwa sebelum ini.

“Walaupun berbeza parti dan ideologi politik, kepentingan rakyat tetap diutamakan. Bantuan kewangan, projek pembangunan, dan perhatian terhadap isu asas seperti bekalan air dan infrastruktur terus disalurkan.

“Ini menunjukkan bahawa di bawah kepimpinan PMX (Anwar), pendekatan yang diambil adalah inklusif dan matang, bukan berasaskan dendam politik.

“Jika benar (Kerajaan) Persekutuan menindas Kelantan, mustahil hubungan ini boleh berjalan dengan lancar. Hakikatnya, Kelantan tetap menerima manfaat dan ini menafikan naratif lama yang kononnya kerajaan pusat bersikap zalim,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, Wan Mahussin berkata, perkembangan itu pada masa sama mula menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong sendiri.

Menurutnya, hubungan yang akrab serta kebergantungan kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan dilihat memberi gambaran kepimpinan negeri semakin lunak, malah Menteri Besar tidak lagi dilihat tegas terhadap kerajaan pusat seperti sebelum ini.

“Dahulu lantang mengkritik, kini lebih berhati-hati dan cenderung selari. Rakyat Kelantan mula melihat realiti baharu. Jika hubungan baik ini membawa manfaat, mengapa sebelum ini ia digambarkan seolah-olah bermusuh?

“Jika bantuan Persekutuan penting untuk Kelantan, mengapa naratif penolakan terhadap kepimpinan pusat masih dimainkan?” katanya.

Beliau turut mendakwa, situasi itu akhirnya menimbulkan persepsi bahawa kepimpinan negeri terpaksa akur demi kelangsungan kewangan dan pembangunan.

Tambahnya, keadaan tersebut membuka ruang kepada tanggapan bahawa prinsip politik boleh berubah apabila melibatkan keperluan dana dan kuasa.

Dalam masa sama, beliau mengakui hubungan baik itu sememangnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Hubungan baik ini sebenarnya menguntungkan rakyat tetapi dalam politik, ia memberi kesan berbeza iaitu menguatkan imej kerajaan pusat sebagai adil dan tidak berdendam. Dalam masa sama, ia melemahkan naratif konfrontasi yang selama ini dibina oleh pihak negeri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Wan Mahussin Official

 

Tags: Datuk Mohd Nassuruddin DaudDatuk Seri Anwar IbrahimHubungan BaikKetua Penerangan Pemuda UMNO Jelimenteri besar kelantanPerdana MenteriPMXPolitik DendamWan Mahussin Wan Zain
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

19/04/2026
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghargai pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan untuk Kelantan oleh Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd