• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Kesiapsiagaan Diperkukuh Elak Jangkitan MERS-CoV

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sentiasa memperkukuh pelbagai aktiviti kesiapsiagaan serta respons bagi mengelak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata aktiviti itu termasuk saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara dan edaran kad amaran kesihatan.

“Aktiviti saringan kesihatan di pintu masuk ini bertujuan mengesan pelawat yang menunjukkan tanda atau gejala penyakit berjangkit termasuklah Ebola dan MERS-CoV.

“Bagi MERS-CoV, saringan juga kini tertumpu kepada pelawat yang tiba dari Republik Korea (Korea Selatan) selain para pelawat yang tiba dari Semenanjung Arab,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan juga katanya sentiasa bekerjasama dengan semua kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Imigresen dalam usaha mengukuh tahap kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi kemungkinan penularan penyakit itu ke negara ini.

“Kementerian juga bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memantau situasi semasa kejadian wabak itu seterusnya memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata sehingga kini WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat termasuk Korea Selatan.

“Namun begitu, orang awam yang ingin mengadakan lawatan ke mana-mana negara di Semenanjung Arab dan Republik Korea yang kini melaporkan kejadian wabak jangkitan MERS-CoV perlulah mematuhi arahan penjagaan yang dikeluarkan kementerian di laman sesawang www.moh.gov.my,” katanya.

Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari lawatan ke negara-negara terlibat dan mengalami gejala demam atau jangkitan seperti batuk dan kesukaran bernafas agar mendapatkan rawatan segera selain memaklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

Katanya, sebaik mengalami gejala berkenaan, mereka yang dijangkiti perlu mengehadkan pergaulan dengan individu lain yang sihat dan memakai penutup mulut serta hidung apabila berinteraksi. – BERNAMA

Tags: KKMVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd