• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

oleh Mynewshub
17/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Patrick Kee Chuan Peng, 67, dengan pengesahan dibuat oleh Kementerian Luar melalui Wisma Putra.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak Konsulat Malaysia di Pontianak kini sedang bekerjasama dengan keluarga mangsa bagi menguruskan proses membawa pulang jasad ke tanah air.

“Ya, ada seorang rakyat Malaysia yang terlibat. Pihak konsulat di Pontianak bersama keluarga sedang membuat urusan untuk membawa balik mangsa ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi media.

Dalam kejadian tersebut, seramai lapan individu dilaporkan maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan pedalaman Kalimantan Barat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan lokasi nahas pada petang semalam di kawasan hutan berbukit dengan cerun curam, kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir pesawat dikesan.

Menurut Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Lukman F. Laisa, kesemua mangsa adalah lelaki, terdiri daripada enam penumpang dan dua kru.

Helikopter jenis Airbus H130 milik syarikat tempatan, Matthew Air Nusantara dilaporkan terputus hubungan kira-kira jam 8.10 pagi waktu tempatan, selepas berlepas dari Melawi menuju ke Kubu Raya pada jam 7.34 pagi.

Setakat ini, punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia.

Insiden tragis itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan penerbangan di kawasan pedalaman yang sering berdepan cabaran geografi serta cuaca tidak menentu.— Mynewshub —

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/1776436081654.mp4
Tags: helikopter
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

Treler Muat Helikopter Punca Kesesakan Teruk Di Subang Jaya

13/12/2025
0

SUBANG JAYA, 13 Disember — Sebuah lori treler panjang yang membawa muatan helikopter telah mencetuskan kesesakan lalu lintas serius selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd