• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

oleh Mynewshub
17/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan yang bersifat provokatif mengenai dasar kerajaan dan isu-isu semasa sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, trend sebegitu bukan sahaja menjejaskan keharmonian dalam ruang siber, malah turut mewujudkan ekosistem maya yang tidak sihat dan berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak dibendung melalui penguatkuasaan.

Tegas beliau, kebebasan bersuara bukan lesen untuk menyebarkan kenyataan berunsur penghinaan, fitnah atau provokasi yang berpotensi menggugat keharmonian, keamanan dan ketenteraman awam.

Justeru, katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang, khususnya di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang melarang sebarang perbuatan, ucapan atau penerbitan yang menghasut atau menimbulkan kecenderungan kebencian terhadap institusi diraja dan
kerajaan.

“Menurut Seksyen 3(1)(a) Akta 15, sesuatu ‘kecenderungan menghasut’ ialah kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja atau kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kumar berkata, mengikut statistik Jabatan Siasatan Jenayah, mulai Januari hingga Mac 2026, direkodkan sebanyak 30 kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan atau perkataan yang menghasut terhadap institusi diraja, kaum, pentadbiran keadilan dan kerajaan.

Menurut beliau, hukuman diperuntukkan bagi kesalahan itu adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan agar menggunakan media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan ruang digital kekal sebagai platform yang selamat di samping dapat memupuk budaya komunikasi yang matang, berfakta dan saling menghormati demi kesejahteraan sosial serta kestabilan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Akta HasutanBukit AmanfitnahKumarmedia sosialPDRMprovokasiTindakan Tegas
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

“Selesai Tabung Haji, Bongkar FELDA” – PMX Anwar

15/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau akan membongkar tentang amalan menyakau dalam FELDA pula selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd