• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norizman Sedia Rampas Kedudukan Zaqhwan

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NORIZMAN Ismail tekad untuk merampas kedudukan pendahulu keseluruhan CP130 daripada tangan Mohd Zaqhwan Zaidi dengan meraih gelaran juara pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

Selepas enam pusingan, pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu berada di tangga kedua dengan 98 mata, hanya dua mata di belakang Zaqhwan selepas muncul juara pada perlumbaan lepas di Kluang tatkala pencabarnya itu gagal meneruskan perlumbaan setelah terlibat dengan kemalangan pada pusingan ke-18.

Menambah keyakinan Norizman, dia turut mempunyai memori manis di Teluk Intan apabila berjaya memenangi dua perlumbaan berturut-turut pada tahun 2011 dan 2012.

“Kami seringkali mencatat keputusan baik di Teluk Intan dan paling tidak dapat dilupakan, kesemua pelumba SCK menguasai empat kedudukan terbaik pada perlumbaan tahun 2012 (Norizman, Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Fitri Ashraf Razali dan Mohd Affendi Rosli),” jelas Norizman.

“Jadi pada tahun ini saya yakin jurutera pasukan mampu menyediakan jentera yang kompetitif, sama seperti ketika saya meraih kemenangan di Kluang pada pusingan lepas. Saya rasa dengan gabungan jentera dan keazaman tinggi serta kesungguhan untuk menang, kami mampu memintas dan menewaskan Zaqhwan pada minggu ini,” tambah Norizman.

Mengulas lanjut, Norizman berkata beraksi di halaman pengurus pasukan, Shahrol Yuzy mungkin memberi kelebihan buat Zaqhwan untuk mendominasi saingan di Teluk Intan, namun pada masa sama ia mungkin akan memberi tekanan besar buat pendahulu itu.

“Zaqhwan pasti agak tertekan kerana dia perlu menang di hadapan penyokong Yuzy dan pada masa sama, jika kalah, dia akan terlepas kedudukan pendahulu. Tumpuan Zaqhwan di Teluk Intan pasti sedikit terganggu dengan dua keadaan ini.

“Namun pada masa sama saya fikir Zaqhwan tidak akan memberi laluan mudah kepada pelumba-pelumba lain. Dia seorang pelumba muda berbakat dan pada masa sama cukup pantas. Apa yang pasti perlumbaan minggu ini pasti berlangsung sengit,” rumus Norizman.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

Muhyiddin Dakwa PAS Menyimpang Daripada Dasar Perjuangan PN

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh...

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

Muhyiddin Kesal PAS Kerjasama Dengan BN, Bersatu Umum Guna Logo Sendiri

16/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam keputusan PAS menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd