• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti terkemuka melibatkan persembahan teater yang mengandungi adegan sensitif.

Menurut beliau, walaupun ia lakonan pentas, persoalan timbul sama ada adegan sentuh-menyentuh dan babak di ranjang wajar dipersembahkan apatah lagi di hadapan penonton umum.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap reaksi segelintir penonton yang didakwa menjerit teruja ketika adegan tersebut dipersembahkan.

“Benarlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam,“…jika engkau tidak lagi memiliki rasa malu maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Al-Bukhari),” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam kenyataannya, beliau mengingatkan tentang kepentingan menjaga rasa malu seperti yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW serta mempersoalkan arah pembentukan generasi muda masa kini.

“Adakah kita sedang melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi tetapi akhlaknya rendah?” katanya.

Firdaus Wong turut memaklumkan bahawa beliau memiliki rakaman video kejadian berkenaan, namun memilih untuk tidak menyebarkannya kerana menganggap adegan tersebut terlalu memalukan untuk dikongsi kepada umum. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Firdaus Wong Wai Hung

 

Tags: Aksi ranjangFirdaus Wongpendakwah bebasPenonton terujapersembahanteaterUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd