• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

oleh Mynewshub
15/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta berkongsi kereta bagi menjimatkan kos ketika berdepan krisis minyak.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini mempersoalkan sejauh mana cadangan tersebut benar-benar mengambil kira realiti kehidupan rakyat biasa.

“Saya baca kenyataan ini saya faham maksud dia. Tapi saya nak tanya satu soalan saja. Pernah tak betul-betul hidup macam rakyat biasa?,” katanya.

Beliau menggambarkan rutin harian rakyat yang perlu menguruskan keluarga dan pekerjaan, termasuk menghantar anak ke sekolah, berdepan kesesakan lalu lintas serta jadual kerja yang padat setiap hari.

Menurutnya, walaupun pengangkutan awam boleh menjadi pilihan di sesetengah kawasan, masih banyak lokasi yang tidak mempunyai akses praktikal kepada kemudahan tersebut.

Mengulas mengenai penggunaan EV pula, Firdaus Wong berkata, ramai rakyat masih bergelut dengan komitmen kewangan bulanan, sekali gus menyukarkan mereka untuk beralih kepada kenderaan baharu yang memerlukan kos tinggi.

Cadangan berkongsi kereta juga, katanya, tidak semestinya sesuai memandangkan perbezaan waktu kerja, jadual syif dan komitmen individu.

“Rakyat bukan tak nak berjimat. Rakyat setiap hari memang sedang berjimat. Kurangkan makan luar. Tahan beli barang. Fikir 10 kali sebelum belanja,” katanya.

Beliau menegaskan, isu utama bukan terletak pada nasihat, tetapi sejauh mana nasihat itu selari dengan realiti kehidupan rakyat.

“Adakalanya nasihat terbaik adalah tidak memberikan sebarang nasihat yang akan mengeruhkan keadaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Firdaus Wong Wai Hung

 

Tags: EVFirdaus WongKrisis minyakpendakwah bebasPengangkutan Awam
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd