• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

oleh Mynewshub
14/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS) sedang dipertimbangkan sebagai langkah strategik memperkukuh pertahanan negara.

Menurut beliau, cadangan itu dibentangkan dalam satu sesi taklimat bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diketuai Timbalan Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Ali Selamat di Wisma Pertahanan, hari ini.

Katanya, projek berkenaan bertujuan membangunkan dron tempur nasional selain memperkukuh ekosistem aeroangkasa negara melalui gabungan kepakaran tempatan, teknologi luar serta kerjasama dengan negara sahabat.

Dalam masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat potensi kerjasama teknologi dengan Iran khususnya dalam bidang sistem tanpa pemandu, hasil pertemuan bersama duta besar negara itu sebelum ini.

“Saya turut berkongsi bahawa dalam pertemuan bersama Duta Besar Iran semalam, terdapat kesediaan negara tersebut meneroka kerjasama teknologi dalam bidang sistem tanpa pemandu yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan pembangunan keupayaan strategik negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Jelas beliau, usaha tersebut selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang menekankan pengurangan kebergantungan kepada pihak luar, pembangunan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan serta pemindahan teknologi (ToT).

Tegasnya, Malaysia tidak boleh terus berada di tahap pengguna teknologi semata-mata, sebaliknya perlu bergerak ke arah membangunkan, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri.

“Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi. Sudah tiba masanya kita membangun, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khaled Nordin

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordindronIranMalaysiamenteri pertahananNational Combat Unmanned Aircraft SystemUAS
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

Malaysia Tegur Norway, Tuntut Penyelesaian Isu Peluru Berpandu NSM

31/05/2026
0

SINGAPURA – Malaysia menyampaikan pendirian tegas kepada Norway berhubung pembatalan lesen eksport sistem peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd