• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Radzi Jidin Dakwa Kenyataan Kerajaan Malaysia Filipina Bercanggah, Mana Satu Betul?

oleh Mynewshub
12/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Radzi Jidin Dakwa Kenyataan Kerajaan Malaysia Filipina Bercanggah, Mana Satu Betul?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menggesa kerajaan supaya memberi penjelasan berhubung kenyataan antara Malaysia dan Filipina yang didakwa bercanggah berkaitan penghantaran diesel.

Beliau mendakwa, kekeliruan yang timbul melibatkan pelbagai pihak itu perlu dirungkai dengan segera bagi mengelakkan salah faham berterusan.

“Saya mohon kerajaan segera merungkaikan perkara ini. Sekiranya kenyataan kerajaan Filipina itu tidak tepat, kerajaan Malaysia perlu minta perkara tersebut dibetulkan.

“Dalam keadaan seluruh dunia cuba mendapatkan bekalan diesel, 52.311 juta liter itu amat bermakna untuk mana-mana negara sekalipun,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Mohd. Radzi berkata, Petronas mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan syarikat tersebut dalam pembekalan diesel ke Filipina.

Menurut beliau, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pula mengeluarkan kenyataan bahawa diesel yang dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia.

Bagaimanapun, dakwanya, kenyataan rasmi Department of Energy (DOE) Filipina mengesahkan kerajaan Filipina menerima penghantaran 52.311 juta liter diesel dari Malaysia.

Dakwa beliau lagi, hantaran di Facebook Sharon S. Garin yang merupakan Menteri Tenaga Filipina pula menjelaskan sebanyak 52.311 juta liter minyak diesel telah dibeli oleh Filipina daripada Malaysia.

“Kerajaan Malaysia melalui MTEN kata diesel yang dihantar ke Filipina bukan dari Malaysia.

“Kerajaan Filipina melalui Jabatan Tenaga dan menteri sendiri mengesahkan 52.311 juta minyak diesel dihantar ke Filipina dari Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Dr Radzi Jidin

 

Tags: Ahli Parlimen PutrajayaDatuk Dr. Mohd. Radzi Md. JidinKenyataan BercanggahKerajaan FilipinaKerajaan MalaysiaPenghantaran Diesel
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd