• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

oleh Mynewshub
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran walau seteruk mana pun krisis global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sebab itu KPKM antara kementerian terawal dipanggil untuk membentangkan situasi bekalan serta cadangan intervensi kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, setakat ini keadaan negara kita masih terkawal berbanding sesetengah negara lain. Kita belum melihat situasi rakyat beratur panjang untuk minyak atau terpaksa berjalan kaki ke tempat kerja.

“Bekalan makanan asas juga masih stabil. Suasana kehidupan rakyat, termasuk musim perayaan, masih dapat diteruskan walaupun dunia sedang berdepan krisis tenaga.

“Keutamaan kerajaan ketika ini jelas, memastikan makanan asas sentiasa ada di atas meja rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Sementara itu, Mohamad berkata, antara keputusan awal yang telah diluluskan adalah penambahan stok penimbal beras melibatkan dana tambahan lebih RM100 juta.

Kata beliau, cadangan lain seperti ‘fleet card’ untuk jentera pertanian, tambahan kadar Insentif Pembajakan dan insentif Penuaian Padi, kuota diesel kepada vesel C2 serta bantuan ‘one-off’ kepada pekebun masih dalam penelitian kerana melibatkan komitmen kewangan yang besar.

“Jadi tidak adil untuk mengatakan kerajaan tidak peduli. Permohonan telah pun diangkat sejak selepas cuti Hari Aidilfitri lagi. Namun dalam keadaan krisis, setiap sen perbelanjaan awam perlu diteliti dengan cermat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, cabaran sebenar dalam sektor padi bukan sekadar jumlah bantuan, tetapi berkenaan struktur industri yang telah lama tidak diperbaiki.

Kata beliau, dulu Malaysia pernah mempunyai asas pertanian yang lebih kukuh, namun apabila negara beralih kepada ekonomi perindustrian, sektor itu tidak lagi diberi penekanan yang sama menyebabkan saban tahun kebergantungan kepada import semakin meningkat.

Ujar beliau, sebab itu bantuan semata-mata tidak mencukupi sebaliknya memerlukan perubahan menyeluruh penggunaan teknologi moden, pengurusan sawah berskala besar, sistem pengairan yang lebih cekap serta disiplin dalam rantaian bekalan.

“Langkah ke arah itu sudah pun bermula, tetapi hasilnya tidak datang serta-merta. Kita boleh mengkritik, itu hak semua. Tetapi biarlah kritikan berasaskan fakta, bukan sentimen atau atas kepentingan politik sempit.

“Dalam keadaan tekanan harga input pertanian dunia yang tidak dapat dielakkan, utamakanlah keperluan, hindari pembaziran dan elakkan pembelian panik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: ayamDatuk Seri Mohamad SabuKementerian Pertanian dan Keterjaminan MakananKPKMNasiRakyatsayurtelur
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Rakyat Diseru Ingati Peristiwa ‘Black 14’ Mata Lebam Simbol Reformasi

Rakyat Diseru Ingati Peristiwa ‘Black 14’ Mata Lebam Simbol Reformasi

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mengingatkan semula pihak agar...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd