• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Elak Risiko Terhadap Anggota MALBATT

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan semasa di negara itu kini tidak lagi stabil, sekali gus meningkatkan risiko terhadap lebih 511 anggota dan pegawai Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang bertugas.

Menurut beliau, konflik yang berlaku ketika ini menjadikan misi tersebut tidak lagi sesuai diklasifikasikan sebagai operasi pengaman semata-mata, sebaliknya sudah berdepan situasi peperangan.

“Perkara ini telah dibincangkan bersama Kementerian Pertahanan kerana misi ini turut membabitkan penyertaan pelbagai negara lain,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, Malaysia sudah mengarahkan wakil tetap negara di PBB untuk berunding dengan Setiausaha Agung serta negara-negara lain yang terlibat bagi menyediakan memorandum rasmi.

Langkah itu bertujuan memastikan misi pengaman tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh asal, memandangkan keadaan di Lubnan kini semakin getir.

“Kita juga meminta Majlis Keselamatan PBB menilai semula terma dan tempoh misi ini kerana kita tidak mahu anggota pengaman terdedah kepada risiko kecederaan atau kehilangan nyawa,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, beliau menegaskan Malaysia tidak mahu anggotanya menjadi sasaran pihak yang tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, terutama dalam situasi konflik yang semakin tidak menentu.

Bagaimanapun, Mohamad memberi jaminan bahawa semua anggota MALBATT ketika ini berada dalam keadaan selamat dan telah diarahkan untuk kekal di kawasan penempatan masing-masing.

“Kita berharap PBB dapat mempertimbangkan untuk mengeluarkan anggota pengaman Malaysia serta negara lain dari kawasan krisis ini demi keselamatan mereka,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Mohamad HasankeselamatanLubnanMALBATTMenteri LuarPBBPengamanperang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

“Alhamdulillah, Letaklah Jawatan” – Tok Mat

30/06/2026
0

MUAR - "Alhamdulillah, letaklah jawatan". Demikian reaksi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataan oleh Timbalan...

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

30/06/2026
0

MUAR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang membantu calon dan jentera BN Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd